Ucapan itu satu tanda…

Ucapan itu satu tanda buat aku. Umur semakin meningkat. Jadi banyak perkara yang perlu dibereskan. Hari ini aku menyambut ulangtahun kelahiranku yang ke 24. Persoalannya baru 24 tahun atau sudah 24 tahun. Kalau fikir masa depan, fikir anak bini (akan datang) memang aku akan fikir aku dah 24 tahun. Kalau fikir nak enjoy memang la ‘baru’ 24 tahun.

24 logo

Dalam 24 tahun ni apa yang dah aku ada?

Aku ada kerjaya yang tetap dan berpencen – ya menjadi seorang guru yang di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia. Mengajar di pedalaman ni ada cabarannya, macam la kat bandar jugak tapi aku dapat kat Kampung Sebako ni syukurlah semua orang Islam, tapi bukan melayu la, Melanau.  Semua sekali 6 kelas, 1 kelas, 1darjah. Dalam kelas tu ada yang bijak ada yang tak tahu membaca. Rugi la aku rasa kalau yang tak tahu membaca tu terus tak tahu membaca, sebab saiz kelas kecil je, 8-10 pelajar setiap kelas. Jadi banyak masa boleh diperuntukkan untuk setiap pelajar. Tapi semua tu bergantung kepada pelajar jugak kan. Kalau disuap pun tak nak buka mulut apa lagi boleh buat. Apapun yang penting cikgu kena bersungguh dulu baru anak murid ikut bersungguh.

Continue reading

Posted in Peribadi | Tagged , , , | 3 Comments

Antara Dua Karier

Salam sejahtera buat semua pembaca setia. Lama sudah tak bertemu dalam entri blog bukan. Blog ini bukan saja bersawang tapi dah hampir pupus dek kerana bertangguh masa membuat proses pemindahan domain dan hosting. Pengalaman dan pengajaran yang amat perit tapi amat bermakna untuk aku. Entri-entri sebelum ini tak dapat dimuatnaik lagi kerana masalah teknikal yang aku sendiri tak pasti apa puncanya, kalau tak boleh jugak terpaksalah aku upload secara manual. Mujurlah ada backupnya. Kalau tak sia-sia sahaja perkongsian aku sebelum ini.

KPM---Herbalife Continue reading

Posted in Peribadi | Tagged , , , , , , , , | 3 Comments

DiGi iPhone 4 Real

Digi dari dulu lagi memang terkenal dengan harga murah. Gila-gila murah dari ingat lagi MTV Power Packnya yang cukup membuntukan kepala kita semua. Ramai yang beranggapan Digi akan bankrup dengan pelan gilanya. Tapi terbukti hingg sekarang Digi tetap utuh dalam dunia telekomunikasi Malaysia dan terbaru memperkenalkan pelan pospaid terbaru yang dikenali sebagai iDigi Post Paid Plans.

Continue reading

Posted in Digi, Nuffnang, Uncategorized | Leave a comment

DiGi iPhone 4 Play

Ramai penggemar gadjet di luar sana amat meminati iphone kerana pelbagai aplikasi yang menarik dapat digunakan. Pelbagai aplikasi yang menarik dapat digunakan bersama dangan iphone ni. Jadi hari ini aku ingin kongsikan beberapa aplikasi yang menarik untuk anda semua. Untuk pengetahuan semua, aku tidak pernah memiliki iphone, walaubagaimanapun applikasi iphone yang ingin dikongsikan ini adalah aplikasi yang sangat menarik minat aku.

iPhone 4 Social Networking Apps

Facebook

facebook Continue reading

Posted in Digi, Nuffnang | Leave a comment

Makluman: Pizza Hut Kota Bharu Ditutup Sebulan

pizza-salad-revive-isotonik

Bulan-bulan raya ni ramai pulak yang buat reunion. Biasa lah tempat yang biasa dituju nak bakar ayam, buat barbeku apa lagi. Pantai nan indah. Hehe. Tak kurang juga yang memilih restoran makanan segera. Hikhik. Memang tak menang tangan le tokey-tokey ni nanti duk kira duit. kepada sesape yang merancang nak makan-makan kat Pizza Hut Kota Bharu, rasanya elok le ditukar ke Pizza KB Mall. sambil shopping baju-baju, buleh la telan Fetuccini Carbonara.

Pizza kat KB hanya menyediakan tempat parking kereta je bermula 30 September sampai 30 Oktober. Penyediaan parking ini sebenarnya bukanlah dimaksudkan dengan penutupan Pizza Hut KB, tapi pihak mereka nak buat renovation. Ye lah kan. nak berjaya kena berani berubah. Tak semestinya kita berada di takuk lama je ye tak? Pembaharuan kena la buat beb, kasi orang suke. Tapi lagi best kalau buat pembaharuan harga kan kan kan? hikhikhik. Tak pasal-pasal kena potong gaji lak staff diorang tu semata-mata dek penurunan harga. kai kai kai…..  So, kalau dah renovate, buleh la mereka ni cuti sebulan.

Lepas ni kalau dah rasa mengidam nak telan Chicken Supreme, nak tak nak beratur le tunggu giliran kat Pizza Hut KB Mall. Tak apa la makan ramai-ramai pun, erat ukhuwwah ye tak? buleh la kita uji kesabaran kita dengan pelbagai kerenah manusia. Huhu.

Pizza Hut Kota Bharu akan ditutup buat sementara waktu dari 30 September 2010 (Khamis) dan dijangkan akan kembali dibuka kembali pada 30 Oktober 2010 (Sabtu). Pizza Hut Kota Bharu ini akan ditutup selama sebulan untuk proses pengubahsuaian

Posted in Informasi | Tagged , | 5 Comments

Adun Galas kembali ke rahmatullah

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Adun Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, kembali ke rahmatullah di Pusat Rawatan Islam Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang ini.

Allahyarham yang mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu.

adun galas

Sebelum itu beliau menjalani rawatan perubatan tradisional Cina di Serdang.

Allahyarham dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu dan pernah mendapat rawatan beberapa bulan di China.

Pada Ramadan tahun lepas, beliau menjalani rawatan di Orient Hospital Guanzhong. Sebelum itu Chek Hashim  mendapat rawatan awal di The First People’s Hospital juga di Guanzhong.

Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mac lalu beliau turut hadir. Bagaimanapun pada persidangan Jun lalu beliau mohon bercuti.

Dan pada Julai lalu, Adun Galas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu.

Continue reading

Posted in Informasi | 2 Comments

DiGi iPhone 4 Me

24 September 2010 – Satu virus telah menular ke seluruh Malaysia sejak awal pagi tadi. Virus ini menyerang semua golongan tidak mengira usia mahupun bangsa. Paling berisiko golongan muda yang meminati gadjet teknologi. Virus berkenaan dikenali sebagai iPhone 4! Taadaa!!!!

iphone 4 kegilaan ramai

Inilah ‘virus’ yang disebut-sebut. Bukan virus sebenarnya tapi satu gadjet hebat dari Apple iaitu iphone 4. Gadjet yang tak perlu diperkenalkan lagi. Lama sudah aku mengidamkan iphone ni seja dari versi pertama dikeluarkan, tapi sampai sekarang pun aku masih belum dapat mencuba iphone ni. Bagi aku iphone ni memang sangat hebat dan mantap. Ciri-ciri padanya membuatkanlah membuatkan aku sangat berkenan padanya.

iphone macam kereta sport? Continue reading

Posted in Contest, Nuffnang | Tagged , , , | 10 Comments

Kelantan Weight Loss Challenge Kembali Lagi!!

Kelantan Weight Lose Challenge Siri ke 3.Sebarang pertanyaan boleh dinyatakan di sini atau di fan page fahmiibrahim.com

Posted in Herbalife | Tagged , , , | 6 Comments

BLOG LIST BEN ASHAARI SEPTEMBER

Siapa yang tak kenal BEN ASHAARI? Blogger tegar dengan banyak update hari-hari. Tak macam aku malas update. Open-mouthed smile. Sekaran ni makin kencang dengan kehadiran HTC barunya. Ada masa nanti boleh jumpa ben. Nak jadi ketul-ketul jugak macam dia, so dialah sifuku nanti.

Kali ni aku entri khas untuk Ben sebab nak masuk dalam Blog list di blognya. Harap-harap jadi motivasi untuk terus blogging dengan lebih teratur dan kerap.

Untuk Ben boleh la masukkan bog ni dalam list Tulis Diari

Sudilah kiranya melayari blog cik Ben Ashaari di sini. Ben suka tulis pasal kehidupan dia seharian dan direflekkan kepada isu-isu semasa. Bukan hanya omongan kosong, tapi dengan info-info berguna. Masuk la jenguk  tak rugi pun.

Posted in Bloglist | Tagged | 4 Comments

Keputusan Undian UEFA Champions League

uefa_champions_league

Selesai sudah proses penyampaian anugarah pemain terbaik UEFA tahun 2009/2010 dan juga Undian Peringkat Kumpumpulan bagi UEFA Champions League 2010/2011. Berikut keputusan penerima anugrah pemain terbaik UEFA.

Continue reading

Posted in Sukan | Tagged , , , , , , , , | 24 Comments