400 satu angka yang besar tapi…

Hari ini aku nak cakap pasal angka. Mungkin ramai yang sensitif bila sebut pasal angka ye la sejak kenaikan harga penyelarasan harga barang semalam semua orang gerun dan pening kepala. Tak pe la kita tinggalkan sekejap Program Rasionalisasi Subsidi dan kita balik ke tajuk entri mengenai angka 400 itu.

Soal hati?
Gambar sekadar hiasan
[Kredit gambar]

Apa yang menarik sangat sebenarnya dengan angka 400 tu? Sebelum tu saya nak tanya anda semua di luar sana antara 400 dan 4.7 manakah yang lebih besar? Pasti semua menjawab 400. Ya secara logik dan realitinya memang begitu. Tapi tahukah anda 400 ratus boleh jadi lebih kecil dari 4.7. Surprised smile. Macammana tu? senang saje tukarkan unit 400 itu kepada gram (gm) dan 4.7 itu kepada kilogram dan sekarang 4.7 kg tu dah jadi lebih besar dari 400 gm / 0.4 kg.

Sebenarnya aku nak cerita pasal Kelantan Weight Loss Challenge. Apa sebenarnya KWLC

Satu pertandingan sihat antara peserta-peserta yang berdaftar untuk menurunkan berat badan kepada yang paling ideal dalam masa 4 minggu. Peserta yang berdaftar akan di beri ‘coach’ khas yang masing masing begitu bersemangat untuk membantu menurunkan berat badan. Lagi best, siapa yang turun paling banyak, akan dapat hadiah CASH! Setakat ini jumlah terkumpul untuk para pemenang adalah RM 1050

Program ni bermula 4 haribulan yang lalu. Bermula dengan sesi menimbang dan mencatat data dari peserta dan sekarang dah sampai di pertengahannya. Hari ini kami sekali lagi berkumpul di Hotel MGU Firdaus di Kota Bharu untuk mengambil data dan timbangan berat untuk kali ke dua bagi menetukan pemenang mingguan.

Beratkah aku

[Kredit gambar]

Dan hasilnya tidak mengecewakan, aku telah berjaya mendapat tempat pertama dengan 400 gm. Pertama disebut nama kerana kadar penurunan paling sedikit. Bukan pemenang tempat pertama la ni. Pemenangnya ialah Abang Zul dengan 4.7 kg.

Agak mengecewakan sebenarnya. Tapi semua tu bukan penghalang untuk aku mencapai berat badan ideal. Keep on trying kan aku masuk KWLC ni pun sebab nak seronok sikit buat boleh kurus  ramai-ramai.

Apa yang bestnya di KWLC ni aku dapat personal coach yang terlatih dan banyak pengalaman dalam bidang diet ni. So tak la buta tuli je aku diet. Nak diet tapi tak de ilmu mula la salah buat dan dapat hasil yang negatif. At last give up. No no no.. Jangan buat macam tu ye.

DSC05397
Abang Zul, serta Coach aku (Joe dan Mira)

Dari data yang diambil aku jadi lebih muda dan lebih berotot. Selain dari berat badan ada lagi 9 kriteria yang diambil kira. Aku listkan kat sini

Body fat range
Percentage Body Water Range
Muscular Mass
Physique Ratings
Bone Mass
Basal Metabolic Rate (BMR)
Basal Metabolic Age
Visceral Fat

  1. Korang kat luar sana pasti tak berapa faham dengan istilah ni kan. Nak cerita kat sini memang panjang lebar la kena tulis. Insya-Allah dalam entri selepas ini.

Setelah ajak seorang kawan aku dan dia telah hebahkan secara hebatnya kepada housematenya. Ramai yang berminat nak join dan datang dengar penerangan dari coach. Joe nanti buat lagi untuk edisi yang ke dua ye. Ramai kawan-kawan nak join ni. Untuk yang tak sempat register untuk sesi pertama ni boleh la datang pada 31 Julai nanti untuk melihat cara program ni berlangsung dan seterusnya boleh join untuk 2nd KWLC.

Maklumat lanjut pasal program ni boleh dapat kat sini

Kelantan Weight Loss Challenge

Kelantan Sihat

This entry was posted in Aktiviti and tagged , , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to 400 satu angka yang besar tapi…

  1. joegrimjow says:

    hahahahahaha,
    ku ingat ape la tadi pasal 4 4 4 ni
    kekeke
    gud luk bro
    ada beberapa hari lagi
    (2minggu)

    [Reply]

  2. igt plg kurang dpt gak sekilo.. xpe la.. badan ini masih liat.. perlu lebih air.. xmenang pn xpe.. asalakan gaya hidup boleh di ubah kepada yg lebih baik.

    [Reply]

  3. yonna says:

    cayalah bro! hahaa. semoga turun berat dgn lebih byk lg :) tp apa2 pun asalkan kita sihat hehee

    [Reply]

  4. tq 4 the wish… :D Betul apa yang yonna ckap asalkan kita sihat

    [Reply]

  5. Sitinurhawa34 says:

    fahmi….

    [Reply]

  6. Pingback: Weight Lose Challenge | fahmi ibrahim.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge