Salam semua blogger.
Cerita tentang tersepit ni banyak benda boleh timbul di fikiran anda semua. Mari kita lihat apa itu tersepit.
Ini maksudnya mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua: sudah disepit atau diapit; terletak di antara dua benda yg mengapit; terjepit.
Kamus Dewan Edisi Empat pula mengatakan 1. sudah disepit (diapit, dijepit, dll): cerut cap ayam yg ~ di bibirnya itu, di-pasangnya; 2. ki terhimpit, tertekan: seluruh kehidupan mereka ~ antara dua pihak yg mengadu kekuatan senjata dan tenaga;
Ya jadi anda semua faham apa itu tersepit. Kebiasaanya yang tersepit itu sakit, terganggu tak kiralah dari segi emosi atau jasmaninya.
Kalau tengok mimik muka adik kita di dalam gambar bawah ni memang nampak perit bukan?
Tapi bukan cerita ini yang nak aku sampaikan. Aku nak cerita pasal diri aku yang tersepit antara dua perkara. Nasib baik dua je. Kalau lebih pasti dapat darah tinggi.
Semua orang tahu kan blogger itu ialah penulis blog, termasuklah diri aku, walaupun blog aku taklah sehebat manapun.
Ok lah berbalik pada cerita sebenar. Kisah ini berlaku pada minggu lepas. Aku tersepit dalam membuat pilihan. Ia perkara kecil tapi bakal memberikan satu impak yang besar. Kalau korang semua ikuti kisah aku dari awal, mungkin korang tahu yang aku dah menyertai Kelantan Weight Lose Challenge.
Jadi apa yang tersepitnya di sini adalah aku diapit oleh sebiji burger ayam dan KWLC.
![]()
Ramai Blogger di luar sana dah buat entri pasal GCB ni. Owh mememang mengiurkan! Namun aku hanya dapat melihatnya dari jauh. Membanyangkan kenikmatan hingga ke gigitan terakhir.
Antara dua. Makan atau tidak. SIhat atau tidak. Apa perlu aku buat ye?
Bukan dua, bukan tiga biji yang aku pinta, tapi sebiji je. Cukuplah untuk GCB edisi terhad ini. Apa-apa burger di McD ni memang sedap bagi aku. Mahu jugak aku rasa burger ini.
Perlukah aku makan? Perlukah?
Adakah ini hanya nafsu makan ku?
Oh tidak! aku blogger yang tersepit…
*************************************************************
Entri ini ditulis untuk entri khas “Blogger Yang Tersepit” oleh En. Rohaizad. Klik banner di bawah untuk ke blognya. Terima Kasih untuk En. Rohaizad untuk ruangan yang menarik ini. Lain kali boleh buat lagi ye.


wah… hebat dugaan tuh…hehe
[Reply]
ya betul tu.. tersepit sungguh.. hehe
[Reply]
wooooohooo.. sekali sekala takpe.. ekekekekek (menghasut ni) haha
[Reply]
kalau tak boleh sebiji, makan sepotong dah aa…
[Reply]
Aku rasa bulan puasa ni lagilah senang tersepit dengan GCB ni…
[Reply]
Betui tu.. tapi selagi boleh tahan… tahan je..
[Reply]
elok la rasanya hilangkan rasa tersepit ini.. hehe
[Reply]
daripada sepotong baik habiskan satu terus. hehe
[Reply]
Wah.. Memang tersepit habis ni. Ibarat ditelan pahit, dibuang sayang la pula. Hehehe..
[Reply]
masa cikmin lost weight about 30kg tahun 2007..memang berjaya tak sentuh burger about 1 year..sebab kuat semangat nak buang lemak..hihihi…
p/s tu cite 3 tahun lepas ok..
[Reply]
mata terus tertangkap kat ketam tu
adoiiiiiiiiiiiii sakit ni
sakit lagi rasanya kalau tersepit
[Reply]
Kadang2 keinginan je lebih… manusia tak pernah puaskan.
[Reply]
Banyak tu kak 30 kg tu… kak cite tahun ni macam mana pulak ye?
[Reply]
sekuat manapun sakit fizikal tak boleh lawan sakit mentalnya, sakit emosi…
[Reply]
Kita sama bro,walaupun boleh je aku mintak GCB tu dengan parents aku,tapi aku cuma tak sampai hati nak mintak makanan mewah macam ni.Kalau aku nak,adik2 yang lain pun mesti turut nak jugak kan?
[Reply]
Nanti dah keje leh makan puas2, siap boleh belanja keluarga lagi kan. Tak pe pentingkan keperluan dari keinginan.
[Reply]
.lol. ingat ape la dier. i dah rase GCB! haahhaha.. tak wat blog jer sbb mls la… limited kan.. so try je sndrik2… bli drive thru… makan.. smbil trepik jem kl tu kehkekeh
[Reply]
hehe… Sedikit masa lagi boleh try.
[Reply]
GCB Sedap OOooo…haha
[Reply]
Hehe… nampak sedap… sedap lagi dimakan ek
[Reply]
Salam;
Sekali teman gi singgah kat pam stesen caltex, isi minyak krete. Silap langkah, nak katup pintu belakang tersepit jari tangan kat kelengkeng(kamus dewan). ADOOOOI ! Spontan nampak memerah kat kuku nye. Mamanglah sakit ya amat!. Ni dah kat sebulan kukunya dah tanggal ganti kuku baru le.. nilah orang tua jadi muda . . kukunya yang ganti muda , keh .. keh. bukan ape ? Nak ingat kat kawan teman. Sesuatu musibah ini ade sebab musababnya, antaranya dosa kite tu tuhan dan reduce itulah caranya. Bersyukur saya cuma tanggal kuku dan dah ok. Kalo tangan kaki parah tentu lagi teruk. Syukurr alhamdulillah !
[Reply]
Owh… pengalaman tersepit yang amat bermakna. Ye lah, sekurang-kurangya dapat kita berfikir tentang kesilapan lalu.. Bermuhasabah diri kata orang..
[Reply]
Owh… pengalaman tersepit yang amat bermakna. Ye lah, sekurang-kurangya dapat kita berfikir tentang kesilapan lalu.. Bermuhasabah diri kata orang..
[Reply]