Selamat Pagi dunia!
Apa khabarkah anda semua?! Baikah? Sihatkah? Bagi yang bercadang nak sarapan tu, boleh sarapan kejap lagi. Pastikan diet anda betul ye. Semalam adalah hari pengumuman KWLC yang pertama. Aku dah give up nak menang sebanarnya, tapi aku teruskan usaha untuk turun berat badan.
Pukul 10.30 aku sampai di MGU Firdaus. Berbedar memang ada. Sangat! Tapi teruskan aku jua. Mula-mula sesi timbang menimbang pakai scale khas. kita boleh tahu 10 benda yang aku ada cerita dalam post lepas.
Selesai timbang menimbang, penganjur kata saingan sangat sengit, kena buat mesyuarat pulak si mira dan joe tu. Orang lain berdebar-debar sibuk pulak die nak meeting. Nasib baik ada NG bercerita tentang pengalaman dia dulu. Kurang sikit debarannya. Tapi masih ada.
Sekarang masa yang ditunggu dah pun tiba pengumuman akan dibuat sebentar lagi. Masing-masing berdebar. Keputusan dibuat dari bawah. Hinggalah kedua akhir nama aku masih belum disebut. Apakah?
Aku dan seorang makcik dipanggil datang ke depan ala-ala imam muda masa nak kasi tahu pemenang tu. Tapi aku agak dalam hati yang makcik tu akan menang sebab dia guna herbalife, sedangkan aku jaga makan sikit-sikit dan tak jogging sangat pun. Hehehe..
Dan kepututsannya….. Pemenang Kelantan Weight Lose Challenge dimenangi oleh……
FAHMI!
Alhamdulillah! Aku tak sangka pulak jadi pemenang. Denga penurunan 4.9kg dalam masa 4 minggu. Syukur. Hasrat tercapai tapi masih banyak yang perlu aku turunkan. Inysa-Allah raya ni dah jadi seperti dulu.
Hadiahnya memang lumayan. Terkumpul RM1050 cash! Banyak woo..!
Johan : RM500
Naib Johan: RM300
Ketiga: RM 200
Dan saguhati: RM 50
Nak lagi gambar? Masuk ke fan page fahmiibrahim.com dengan klik disini.
Thanks to Joe and Mira
Penghargaan untuk coach aku joe dan mira sebab bagi dorongan untuk aku berjaya nih. Korang memang best! Banyak aku belajar dari diorang berdua ni. Tak rugi aku masuk challenge ni, malah manfaatnya banyak.
Tak susah nak turunkan berat badan ni. Yang penting tahu tujuan dan cara yang betul. Kamu semua ada pilihan, jadi buatlah pilihan yang betul. Untuk orang Kelantan, Weight Lose Challenge ke 2 akan diadakan lagi pada 7 Ogos ni di Hotel MGU Firdaus, Kota Bharu. Berminat? Boleh hubungi saya!
hahaha cayalah broooooooooo! menang seh! :p congrats2
[Reply]
Tq yonna. Betult2 tak sangka la boleh menang.. pencabar utama tak datang. Tu yang boleh menang tu.. Rezeki tak disangka2..
[Reply]
wah..tahniah fahmi..class!
[Reply]
Hehe.. tq cikmin.. Never say never!
[Reply]
haha, xgtau dapat duit bape ye. ish2
hehe
tahniah2
[Reply]
Fahmi Ibrahim Reply:
August 2nd, 2010 at 11:31 am
ala joe.. lupe lak.. hehe.. nanti update…
[Reply]
hehe… sorry2… dah update
[Reply]
lama sgt teragak2 nak mencuba
tertangguh2 saja….
[Reply]
Pingback: Lose 5 kg in 5 weeks | Turun 5 kg Dalam 5 Minggu | fahmi ibrahim.com