Harga petrol, diesel, gula dan gas naik tengah malam ini?

Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen.

Manakala harga gula pula naik 25 sen, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan semua harga tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikut adalah harga baru:

Petronas Twin Tower

- Petrol RON 95 – RM1.85 seliter.

- Petrol RON 97 – RM2.10 seliter.

- Diesel – RM1.75 seliter.

- Gula – RM1.70 sekilogram

- Gas LPG – RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG – dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)

* Tong 12KG – dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)

* Tong 10KG – dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara. [baca sini]

Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.
Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.


1 Malaysia
Sumber artikel diambil dari sini dan sini. Sejauh mana kebenarannya masih tak tahu. Tapi dari sumber yang kuat mengatakan memang akan berlaku. Jadi silalah berduyun-duyun mengisi petrol sebelum tengah malam ni. Tak rugi isi petrol kalau tak jadi pun kenaikan ni kan.

Seperti sebelum ini harga makanan. minuman dan barang-barang naik sebab kos bahan api meningkat di tambah pula dengan kenaikan harga gula, lagi la naik harga makanan. Tengoklah nanti apa akan jadi pada kadar harga barang. Oleh sebab itu kita perlulah ada side income. Open-mouthed smile. Sape nak tahu silakan tanya.

Jumpa lagi.

Posted in Uncategorized | Tagged , , , | 6 Comments

Kalau Luncai dengan labu-labunya, Joon pula dengan….

Si LuncaiLuncai satu nama popular di kalangan Orang melayu. Siapa tak kenal Luncai? Pemuda dengan sifat yang lurus bendul namun licik. Mari kita ingat kembali cerita Si Luncai ini.

Si Luncai mahu benar mengadap Baginda Sultan, ketika mengadap Si Luncai memperlekeh dan memperbodohkan Baginda Sultan. Sultan amat murka dan mengarahkan Si Luncai dihukum mati dengan mencampakkannya ke tengah laut.

Namun Si Luncai bukan anak sembarangan. Yang miskin cuma hartanya, bukan minda dan ketangkasan fikirannya. Otaknya bergeliga dengan pelbagai taktik licik untuk menyelesaikan masalah. Walaupun telah dihukum mati, Si Luncai tidak panik. Sebelum dia dibawa dengan sampan untuk dicampakkan ke tengah laut, dia sempat membeli sebiji labu besar. Sejak itu dia menangis berhiba-hiba sambil mengusap-usap labu itu.Sultan perkenankan permintaannya.

Continue reading

Posted in Informasi, Jenaka | Tagged , , , | 2 Comments

Myfaheem.com ada SUPRISE sempena HARI BAPA

Salam bahagia buat semua readers di luar sana! Moga sihat sejahtera hendaknya.

Dunia blogging sekarang ni terus maju, terus berkembang. Hampir setiap hari ada je blog baru muncul. Tak kira tua tak kira muda. Even bayi baru lahir pun dah ada blog. Kenapa? Tak pecaya ke?

sweet-baby-playing-with-laptop

Continue reading

Posted in Contest | Tagged , , , , , | 2 Comments

Ulangtahun Yang Ke-5!

Ulangtahun? Ulangtahun siapa pula kali ini ya? Kalau sebelum ni ulangtahun mama tersayang, kali ini ulangtahun siapa pula, siapa boleh agak? Flirt male.  Ulangtahun ni  bukan berkaitan dengan orang apatah lagi dengan awek atau sebagainya. Sila percaya ya!

4 Julai 2005 adalah tarikh keramat buat aku mula-mula menjejakkan kaki di Pengkalan Chepa yang tercinta ini. Pada hari inilah aku mendaftar di Maktab Perguruan Kota Bharu. Pada 2005 IPG masih lagi di kenali dengan nama Maktab. Semua orang tahu bila dah panggil maktab maknyanya aku akan jadi guru pelatih atau juga di kenali sebagai cikgu maktab.

Continue reading

Posted in IPG, Peribadi | Tagged , | 3 Comments

Lagu Rasmi Institut Pendidikan Guru (IPG)

Updated 9 Ogos 2010

Mediafire download link
Mp3 versi koir

Aseng: Kau study kat mana skarang?
Fahmi: IPG KKB
Aseng: Apekah?…

Situasi macam kat dialong kat atas tu mesti anda semua pernah alami, terutama rakan-rakan IPG sekalian. IPG, IPGM, IPG, IPGM.

IPGKAMPUSKOTABHARU

Ape benda ke benda IPG, IPGM tu?

IPG tu singkatan dari Institut Pendidikan Guru. Huruf “M” kat belakang kalau ada tu maksudnya “Malaysia”. IPG ni dulu dikenali sebagai Maktab Perguruan. IPG KKB tu bermaksud Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu. Kesemua IPG di Malaysia ni ada 27 buah. Tak mau cerita panjang-panjang lagi pasal IPG ni. Hari ni nak tunjuk lagu rasmi IPG je dulu. Post akan datang akan diceritakan sepenuhnya pasal IPG. Jadi kalau ada apa-apa kemusyiklan awal, bolehlah ajukan di ruangan komen dibawah, Tak Susahkan.

Baca lagi untuk link download dan lirik.

Continue reading

Posted in Download, IPG, Mp3 | Tagged , , , , , | 19 Comments

Gimme Food on Flights

Cuti sekolah dah bermula, so aku pun turut sama bercuti, ye la bakal guru, cuti pun ikut sekolah jugak. Sejak duduk rumah ni, perut aku meragam! Kenapa ya? Tak kenal erti kenyang. Asyik nak makan aje. Aduh… Bahaya ni, makin meningkat la berat badan aku.

Pada 17 Jun ni aku dan kawan-kawan seIPG akan ke Sarawak. Naik apa ya? Tak lain tak bukan, Tentulah MAS pilihan kami. Yeehaa!!!. Lama jugak kami semua akan berada di sana, lebih kurang seminggu, sampai 22 Jun baru bertolak balik ke KLIA. Continue reading

Posted in Contest, Nuffnang | Tagged , , , , | 3 Comments

Yang berlalu biarlah Pergi

Lumrah kehidupan  yang ada pertemuan dan ada perpisahan. Apa yang kita rancang kadang-kadang tidak menjadi kenyataan. Apa yang ingin diperkatakan hari ini bukanlah kisah cinta atau falsafah cinta, namun walaubagaimanapun ia berkaitan dengan kehidupan kita.

Hari ini jelas adalah hari terakhir untuk bulan Mac bagi  tahun 2010, tak mungkin akan dapat jumpa lagi bulan Mac 2010, inilah kali pertama dan terakhir kita bersua. Becakap pasal bulan Mac ni, ia amat memberi erti pada diri aku sendiri, sebab bulan Mac inilah bulan kelahiran saya, jadi  secara automatiknya perasaan kasih dan sayang pada bulan Mac itu timbul.

Mac-2010Bercakap pasal bulan Mac sedar tak sedar kita dah 3 bulan dalam tahun 2010 ini. Sepanjang tempoh ini apa yang sudah kita capai, adakah perancangan kita sudah tercipta? atau kita masih lagi tercari-cari apa yang perlu dan patut dilakukan. bagi yang masih lagi belum punya rancangan buatlah rancangan dengan baik, dan bagi yang sedang berusaha, teruskan usaha, jangan pandang pada hasilnya sahaja, tetapi apa yang kita dapat dalam mengejar impian itu lebih bernilai dari segalanya.

Apapun selamat berjaya kepada semua. Buatlah perancangan menarik dan terbaik untuk anda. Lakukan mana yang termampu jangan ingat kita boleh bolot semua. Ukur baju di badan sendiri jangan lebih kuah dari sudu pulak nanti.

Kepada yang nak merancang aktiviti dalam bulan April ni molek jugak kiranya ada kalendar. Dapatkan kalendar menarik untuk wallpaper anda dilaman Smashing Megazine ni. Dapatkan 80 corak rekaan yang amat menarik untuk wallpaper desktop anda. Pastikan resolusi  anda dan download mana yang berkenan. Semoga anda akan lebih terancang untuk bulan ini. Kalendar dibawah ini adalah pilihan saya. Anda pula bagaimana?

AWAS JANGAN DOWNLOAD WALLPAPER YANG BERTEMAKAN EASTER KERANA EASTER ITU BERKAITAN DENGAN PERAYAAN KRISTIAN

april-10-creeping-up-calendar-1280x800 april-10-imagine-april-calendar-1280x800 april-10-splatter-calendar-1280x800 Selamat Maju Jaya buat semua..Nantikan berita gembira buat semua esok, 1 April 2010

Posted in Motivasi, Wallpaper | Tagged , , , | 11 Comments

KESALAHAN KETIKA MENYAMBUT EARTH HOUR?

Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh  WWF yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu dan tidak menggunkan peralatan elektrik selama satu jam. Earth Hour ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada penduduk dunia terhadap proses perubahan iklim. global. Ia disambut pada hari sabtu terakhir dalam bulan Mac.

Sejarah

Earth Hour mula diperkenalkan oleh WWF Australia pada 2007 dan terus menjadi acara tahunan WWF sedunia pada tahun berikutnya. Tahun demi tahun, semakin banyak bandar dan organisasi memberikan sokongan kepada kempen Earth Hour ini. Malaysia kali pertama menyertai Earth Hour pada tahun 2008.


Google ‘bergelap’ ketika Earth Hour

Continue reading

Posted in Khidmat Masyarakat, Tazkirah | 20 Comments

My Favourite Surfing Spot

Cuti dah habis, kerja pun bermula. Bila dah start bekerja ni hubungan dengan blog agak renggang. Namun hari ini boleh bermanja juga dengan blog tercinta. Makin lama ditinggalkan makain jauh. Lebih baik bermesra jugak walaupun sekejap sahaja.

Maaflah untuk permualaan entri yang agak melalut. Sebernarnya saya masih lagi seorang pelajar atau lebih tepat seorang guru pelatih Institut Pendidikan Guru (dahulunya dikenali sebagai maktab perguruan), namun sekarang menjalani praktikum di sebuah sekolah rendah di daerah Bachok, Kelantan. Berpraktikum tidaklah begitu sibuk seperti yang disangka. Namun mental dan fizikal agak letih dengan tugasan yang ada.

Berbalik pada tajuk asal entri ini, my favourite surfing spot, buat masa sekarang ini tempat paling strategik dan selesa untuk memerah otak menulis entri adalah di meja komputer di hadapan laptop kesayangan ini. Itulah kelaziman untuk saya menyiapkan entri tak kira di rumah sewa atau di kampung halaman.

Laptop Compaq Presario V3000 ini sudah agak uzur. Tidak lagi boleh “berjalan-jalan” seperi dulu, baterinya sudah hilang keupayaan menyebabkan ia tidak lagi portable seperi yang sepatutnya. Saya selalu membayangkan menulis entri berlantaikan pasiran pantai yang halus  sambil menikmati keindahan laut yang terbentang luas. Wah… Seronok bukan.

NetbookTengok gambar kat atas nih. Hahaha.. I got my HP Mini Netbook. Saya dapat netbook ni free, free? tak jugak sebenarnya, I got this because I applied the Streamyx Cool UNI Pack. Maklumat lanjut klik Streamyx Cool Uni Pack. Saya baru ambil dari kurier semalam. Lepas tu terasa lapar pulak, ternampak la banner dekat tepi jalan “Radix Chicken House now open at KBTC” Tak salah mencuba. Sambil-sambil makan main-main la dengan netbook baru.

Hampa, kecewa!!!

Eh.. jangan silap faham, bukan sebab netbook tu tapi kat RCH tu tak dapat langsung mana-mana signal wifi free.. waa.. kecewa. Tak dapat test wireless. Cet! Dalam hati “Kalaulah ada broadband sendiri.”

p1_wiggy_usbKecil-kecil si hitam manis.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Posted in Uncategorized | 7 Comments

konklusi Program Adik-Adikku musim pertama 2010

Sebentar tadi program Adik-adikku telah melabuhkan tirainya bagi musim pertama penampilannya. Program yang berkonsepkan hiburan dan pendidikan ini mengetengahkan bakat seramai 20 penda’ie kecil yang menunjukkan persembahan melalui pidato yang disusuli dengan tarannum, nasyid, bacaan surah dan sebagainya.

adik-adikku

Jika rancangan “Mentor” keluaran TV3 mempunyai mentor dan protege program adik-adikku pula mempunyai Murabbi (Pendidik) dan Pendai’e (pendakwah). Penda’ie kecil ini mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada Murabbi yang terdiri daripada tokoh-tokoh agama yang terkenal di Malaysia iaitu Dr Redhuan Tee Abdullah, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Zawawi Yusof, Ustaz Zamri Zainoldin dan Ustazah Asni Abu Mansor.

Continue reading

Posted in Hiburan, Tazkirah | Tagged , , | 4 Comments