Selamat Hari Lahir buat insan yang teristimewa

Hari ini merupakan hari paling bahagia buat insan yang aku cintai. Alhamdulillah kamu masih bernafas hingga ke hari ini, syukur dipanjatkan kepada Ilahi. Selama berada di sisi mu kau menjagaku dengan penuh kasih sayang. Makan pakaiku sentiasa menjadi keutamaanmu. Sudah lama kau ‘berkhidmat’ dengan penuh keikhlasan tanpa mengenal erti penat lelah demi melihat aku gembira. Sekalipun kau tidak pernah minta untuk dihargai atas kerja buatmu terhadapku, namun aku tahu, dalam hatimu hanya mengharapkan balasan kasih sayangku. Terima kasih aku ucapkan. Budi dan jasamu takkan dapat ku balas walau hingga akhir hayatku…

 

55th-Birhday-Cake

Continue reading

Posted in Peribadi, Tazkirah | Tagged , | 13 Comments

Juara Lagu sepanjang zaman

Topik hangat diperkatakan hari ini taklain tak bukan ialah Anugerah Juara lagu. Setiap inci ruang sibuk membincangkan tentang AJL ni, tak kira akhbar, status facebook mahupun twitter. AJL merupakan sebuah rancangan pertandingan yang diterbitkan oleh TV3 yang membariskan lagu-lagu terbaik tahunan untuk dipilih oleh juri profesional sebagai lagu terbaik tahunan. AJL ini juga bertujuan untuk memberikan penganugerahan dan penghormatan kepada para pencipta lagu dan lirik itu sendiri. Sedar tak sedar AJL dah masuk ke edisi ke 24. Anugarah Juara Lagu bermula dengan Juara Lagu edisi pertama pada 1986. Pada tahun 2000 ia dikenali dengan Anugerah Juara Lagu. Masih ingatkah kamu semua juara-juara lagu edisi lalu?

Montaj Juara Lagu 1986

Continue reading

Posted in Hiburan | Tagged , , , , , , , | 3 Comments

Semalam aku bermimpi…

dreams

Dah lama aku tak update blog. Sedar tak sedar dah masuk 7 hari di tahun baru 2010 ni. Macammana dengan azam baru anda semua?. Kalaukorang ada baca post aku yang lepas macam mana cara nak disiplinkan diri sebagai seorang blogger, memang korang semua akan tahu azam aku hampir hampir fail. Memang ini bukan permulaan yang baik untuk aku. Aku tahu semua itu. Apapun aku perlu bangkit untuk semua ini. Aku harap pada 2010 ni fahmiibrahim.com akan terus diupdate oleh tuannya Eh… siapa ye? aku lah tu. Jangan buat-buat tanya lagi. Aku ni agak malas mengadap komputer untuk menulis. Idea dan mood ni pun satu, kalau depan komputer je, confirm tak ada mood hilang idea. Bila dalam tandas, dalam kelas mesti ada je perkara menarik yang nak aku kongsi. Tak nak dah guna “saya” dalam blog, rasa macam terkongkong je, baik guna “aku” je.

Continue reading

Posted in Peribadi | Tagged , , , | 18 Comments

Apa ada pada Windows Live ?

Windows live merupakan produk dan perkhidmatan dari Microsoft. WL ini merangkumi perisian dan juga aplikasi di talian yang membantu anda mengurukan aktiviti anda di talian dengan lebih sistematik.

Logo baru Windows Live

Mula diperkenalkan pada tahun 1995 dan masih kekal hingga ke hari ini, dan versi terbaru di kenali dengan Windows Live Essential.

Continue reading

Posted in Uncategorized | 13 Comments

15 Google Chrome Extension Pilihan

Google Chrome mula mendapat tempat dihati pengguna saat ini. Setelah veri beta untuk Windows dilancarkan pada 2 September 2008, dan versi stabil pada 11 December 2008, ia telah mencuri tumpuan pengguna hingga mendapat tempat ke 3 dari senarai pilihan browser di dunia pada ketika ini.

Google Chrome  extensions

Oleh itu banyak pihak telah mengambil peluang ini dengan mengadakan extension-entension untuk pengguna Google Chrome ini. Di bawah saya senaraikan 15 extension yang menarik dari perhatian saya. Sama-sama kita lihat. Continue reading

Posted in Chrome, Extension, Internet Browser | Tagged , , , , , , , , , , | 10 Comments

Streamyx Promotion: Super Upgrade Deals!

Rangkaian jalur lebar no 1 malaysia kini kembali dengan promosi hebat; Super Super Deals. Langkah permulaan yang bagus diambil oleh TM untuk memperkenalkan kita semua Malaysia untuk perkhidmatan broadband kelajuan tinggi, dengan memperkenalkan diskaun khusus untuk penggunanya yang setia. Continue reading

Posted in Streamyx | Tagged , , | 8 Comments

Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua doa akhir tahun dan awal  tahun Hijrah. Semoga segala kesilapan pada tahun lalu tidak akan berulang lagi pada tahun depan. Selamat menyambut 1431 Hijrah. Semoga hari ini lebih baik dari semalam insya-Allah

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa akhir tahun

Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.

doa akhir tahun

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa awal tahun

Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.

doaawaltahun

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Download doa ini di sini

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Cabaran 1 hari 1 posting 1 bulan

Seems too tight. Why?

Mungkin ramai (ramai ke yang follow?) yang tertanya-tanya kenapa terlalu stress? Mudah saja jawapannya sebab nak disiplinkan diri. Biasalah nak menjadi blogger yang baik perlulah disiplinkan diri. Oh ya balik pada cabaran ini, ia bermula hari ini hingga 30 hari akan datang atau lebih tepat 10 Disember – 9 Januari 2009. Mantop. Tak cukup tangan la nanti jadinya. Tapi kalau tak cukup idea macammana ya? Continue reading

Posted in Uncategorized | Tagged , , , | 1 Comment

Di sini bermula segalanya…

Hari ini hari bahagia buat aku. Ya hari bahagia bukan sebab aku berkahwin, atau kerana aku sedang mabuk cinta, tapi aku gembira kerana aku telah berjaya berblog di domainku sendiri.

Salam perkenanalan dari aku, fahmi ibrahim. Mulai hari ini aku akan bertungkus lumus akan menceriakan dan memeriakah lagi suasana industri blog ini. Moga tarikh ini 9 Disember 2009 merupakan satu langkah untuk aku berjaya bermula dengan bergiat dalam blog ini. Datanglah lagi andai mahu bersama-sama berkongsi erti kehidupan dari perskpetif yang lain, kerana walau sekecil manapun, ia tetap berharga.

Continue reading

Posted in Peribadi | Tagged , | 6 Comments