Hari aku menaip kertas kerja untuk melaksanakan satu program di sekolah. Dalam masa internship sebulan ni (minggu depan minggu akhir). Aku menggunakan HP Netbook yang dibekalkan percuma setelah aku melanggan Streamyx Cool Uni Pack. Nak print tapi kena transfer ke komputer sekolah dulu. Masalahnya pendrive tak bawa, malas pula nak pinjam meminjam ni. Jadi aku nak guna printer sharing la kebetulan pula ada wireless network kat sekolah ni. Cantik sangat!
Mari kita ke mode skema. Sila bagi perhatian ye! Awas tutorial ini agak panjang tapi jangan bimbang gambar disertakan untuk memudahkan anda semua. Anda perlu jalankan 3 langkah utama.
LANGKAH 1: TURN ON FILE AND PRINTER SHARING
LANGKAH 2: SHARE PRINTER
LANGKAH 3: SETTING PADA KOMPUTER DALAM NETWORK
LANGKAH 1: TURN ON FILE AND PRINTER SHARING
Berkongsi printer memerlukan beberapa langkah. Pertama, lakukan setting ke pada komputer yang disambung ke printer yang hendak dishare itu.
Untuk mengaktifkan berkongsi fail dan pencetak, buka Advanced tatacara berkongsi dengan mengklik butang Start, dan kemudian klik Control Panel. Pada kotak carian, jenis rangkaian, klik Network and Sharing Center, dan kemudian, di sebelah kiri, klik Change Advance Sharing Setting.
Jika printer tidak aktif, pilih Turn pada File and printer sharing. Kemudian klik Save Changes. Masukkan password jika diminta.
Sekarang anda perlu berkongsi printer sendiri.
LANGKAH 2: SHARE PRINTER
Untuk berkongsi printer anda
Buka Harware and Printer. Klik butang Start kemudian klik Devices And Printer.
![]()
Klik kanan pada Printer yang anda ingin kongsikan, dan kemudian klik Printer Properties.
Klik tab Sharing, dan pilih Share This Printer. Tetapkan nama printer anda mengikut kesesuaian.
Orang lain pada rangkaian anda kini boleh disambungkan ke printer ini. Untuk menambah printer rangkaian ikut cara dibawah ini.
Video dibawah untuk panduan anda.
LANGKAH 3: SETTING PADA KOMPUTER DALAM NETWORK
Langkah pertama pergi ke Start dan kemudian pilih Devices and Printers. Kemudian Add a printer. (Rujuk gambar di atas)
Kemudian satu window seperti dibawah akan muncul. Pilih Add a network, wireless or Bluetooth printer
Komputer anda akan mencari senarai printer yang wujud dalam rangkaian anda. Hanya printer yang telah dishare akan muncul.
Jika komputer tidak dapat mengesan sebarang printer, window seperti di bawah akan muncul. Pilih option paling atas iaitu Browse for a printer. Klik Next
Pilih mana-mana komputer yang dihubungkan ke printer yang anda mahukan
Setelah memilih komputer yang betul (yang telah disambung pada printer) window seperti di bawah pula akan muncul. Pilih model printer yang ingin disambungkan. Dalam kes ini saya ingin disambungkan ke printer CanonLBP on BILIKGURU18
Kemudian klik Install Driver seperti gambar di bawah.
Tunggu proses komputer anda dihubungkan ke printer.
![]()
Setelah berjaya dihubungkan. File driver akan disalin ke komputer anda
![]()
Proses hampir selesai. Klik Next
![]()
Dan proses berjaya apabila window ini terpapar. Klik Finish. Sekarang anda bolehlah menggunakan printer tersebut. Anda boleh memilih untuk menetapkan sebagai Default Printer atau tidak
Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan ke ruangan komen. Saya akan cuba membantu anda.
Thanks microsoft!
Versi skema sudah tamat! Jangan lupa share artikel ini dan like fan page fahmiibrahim.com di fan page di sini ye.
wah best2 … tapi takda printer nak dishare…hehe..
[Reply]
nanti nak try wat.tp x cerna lagi proses ini..
thanks for sharing ae
[Reply]
Ni yang menarik ni… tak de printer nak di share… share la printer org lain. hehehe..
[Reply]
Try dulu tgk camne… kalo tak paham tanye a ek
[Reply]
kat umah takda printer…. hurm share sebelah rumah ..lala
[Reply]
Pingback: Tweets that mention Printer Sharing Kini Lebih Mudah Dengan Windows 7 | fahmi ibrahim.com -- Topsy.com
kalau pc lain2 guna XP boleh jalan tak ni?
[Reply]
Dari pengalaman aku boleh je. Cara nak setup pun lebih kurang sama. Try la.
[Reply]